Masing-masing ghairah menjadi ‘panglima perang’ menjelang PRU

SEJAK kebelakangan ini ramai yang sudah bercakap mengenai siapa yang akan masuk dan siapa pula yang akan keluar ‘gelanggang’ pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Di sesetengah negeri, ada pemimpin parti politik tertentu seperti Pas dan DAP yang sudah bertindak sebagai ‘panglima perang’ yang menunjukkan jalan keluar atau jalan masuk kepada orang tertentu menjelang PRU. Ada juga yang menawarkan diri untuk bertanding kerana menganggap diri mereka sebagai calon boleh menang atau winnable candidate seperti yang diuar-uarkan oleh UMNO. Diharapkan tindakan mengisytiharkan diri sebagai calon boleh menang itu tidak menimbulkan perasaan…

Read More

Melayu jangan menang sorak, maruah dan negara tergadai

RABU lalu, penulis berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta, Perak. Sebagai makluman, kedudukan KSKB berhampiran kawasan Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan. Berduyun-duyun ibu bapa dan graduan memasuki kawasan itu bagi menghadiri ‘hari bahagia’ mereka. Majlis berlangsung mulai 5 hingga 10 Disember. Ini adalah kali pertama semua graduan dari seluruh negara dikumpulkan secara bersepadu pada satu majlis yang sama. Tema majlis ialah Sinergi Memacu Kegemilangan. Disebabkan ia melibatkan ILKKM dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, maka graduan yang terlibat…

Read More

Orang UMNO selepas amanat dan ikrar Disember 2011

SEMALAM ketika berjalan-jalan di Kajang untuk melihat kesan banjir kilat, penulis terdengar lagu UMNO Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Siapa pula yang putar lagu itu kerana Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 sudah berakhir kelmarin. Rupa-rupanya lagu itu muncul dari telefon bimbit salah seorang sekumpulan remaja Melayu. Tidak pasti sama ada remaja itu ahli UMNO tetapi usianya nampak masih muda, belum layak menjadi ahli. Mungkin rentak lagu itu memikat dan menjadikannya nada dering. Agaknya di kalangan 3.2 juta ahli UMNO, berapa ramai yang menjadikan lagu itu sebagai nada dering telefon mereka. Kemudian semasa melalui…

Read More