Menanti bentuk ‘pengorbanan’ Tsu Koon pada PRU13

MINGGU lalu Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon menyatakan kesediaannya ‘mengorbankan diri’ sekiranya itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Apakah bentuk pengorbanan itu? Ia masih rahsia. Tsu Koon akan mengumumkannya kemudian selepas perincian dan perbincangan dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Gerakan Ke40. Tsu Koon tewas pada PRU lalu kepada calon DAP, Prof. Dr. P.Ramasamy di kawasan Parlimen Batu Kawan dengan majoriti 9,485 undi. Angka itu lebih besar daripada majoriti yang dimenangi…

Read More

Slogan, tema manifesto alat ‘pancing undi’ pilihan raya umum

DI SANA sini orang bercakap mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Semua pihak nampaknya sudah tidak sabar, lebihlebih lagi parti politik. Pasukan polis juga sudah bersedia. Pemimpin parti politik pula sering bercakap mengenai calon yang akan bertanding dan pembahagian kerusi. Ada juga wakil rakyat yang dimaklumkan tidak akan dicalon semula sudah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas. Beberapa parti politik juga sudah menamakan calon pilihan. Tidak kurang juga wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk berundur. Semuanya menandakan PRU13 semakin hampir. Tetapi bila? Semuanya terletak kepada Perdana Menteri, Najib Tun…

Read More

Bajet 2012 bukan seperti ‘saudagar mimpi’ membawa ‘gulagula beracun’

DI MANA sahaja rakyat Malaysia berada, semuanya mendapat faedah hasil pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu. Sedikit sebanyak mereka tetap merasainya. Sama ada di kota atau di desa, masingmasing mendapat habuan. Tanpa mengira profesion atau pekerjaan harian mereka buruh, peladang, penternak, nelayan, guru, kakitangan awam dan sebagainya mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pesara yang tidak bekerja juga mendapat nikmat. Malahan golongan gelandangan juga tidak dilupakan. Memang benar kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Tun Razak: ‘‘Ia (bajet 2012) tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah…

Read More

Mudahnya memohon maaf selepas terlanjur kata, perbuatan

SABTU lalu, penulis bercadang ke Johor Bahru (JB) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Abdul Halim Suleiman. Bagaimanapun hasrat itu dibatalkan. Bukan tidak yakin dengan keselamatan di Johor tetapi disebabkan jiran, Mohd Puzi Razali mengadakan majlis kesyukuran, bacaan yasin dan tahlil di rumahnya. Kata orang jiran didahulukan. Apapun selamat pengantin baru kepada Nurshafena dan pasangannya Muhamad Hairul Rizal Jasi. Sahabat di JB pula bertanya kenapa tidak datang? Secara berseloroh penulis menjawab: ‘‘Bimbang orang Johor marah kerana orang Penang banyak sangat buat hal, mulamula isu…

Read More