SEMUANYA sudah terjawab mengenai Pilihan Raya Sarawak Ke10. Barisan Nasional (BN) sudah tentu bersedia menghadapinya. Begitu juga dengan parti pembangkang yang sudah lama membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya itu. Berdasarkan tempoh berakhirnya penggal DUN Sarawak yang ada sekarang telah diketahui umum iaitu pada 23 Julai 2011, maka sudah tentu setiap parti politik meletakkan jentera mereka dalam keadaan bersedia sejak awal tahun lagi. Masingmasing hanya menunggu masa untuk turun ke gelanggang pada 6 April sebagai hari penamaan calon dan 16 April hari mengundi. Misi BN tentulah mahu mempertahankan negeri itu sementara pakatan pembangkang mengharapkan tsunami politik seperti yang berlaku di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke12 tiga tahun lalu. Adakah selepas PRU, Trio Semenanjung PKR, DAP, Pas dan rakan sekutu Sarawak, Snap betulbetul bersedia menghadapi BN?
Apakah isu yang akan dibangkitkan oleh Trio Semenanjung dan Snap kali ini? Mungkin sekadar tema ‘tukar’ tetapi kenapa perlu ditukar? Contoh sudah ada. Seperti kata Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud, pembangkang seperti Pas, PKR dan DAP sudah terbukti tidak mampu memajukan negeri yang mereka kuasai apa lagi jika diberikan negeri lebih besar seperti Sarawak.
Dalam erti kata lain, pengundipengundi di Sarawak perlu melihat apa yang berlaku di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Pastinya pengundi-pengundi tidak mahu melihat ‘tikus membaiki labu’.
Apa yang pasti, setakat ini isu Abdul Taib mengetuai kerajaan negeri menjadi senjata awal untuk menarik perhatian pengundi terutama di kalangan orang muda Sarawak. Pada masa yang sama puakpuak ini akan cuba membawa masuk elemenelemen gaya politik Semenanjung ke Bumi Kenyalang. Tidak pasti pula sejauh mana mereka ini mampu membawa masuk elemen demonstrasi seperti yang dilakukan di ibu negara. Di Kuala Lumpur, mereka mudah mengadakan demonstrasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sesak dengan peniagapeniaga termasuk peniaga Melayu. Setiap kali ada demonstrasi maka banyak kedai terpaksa ditutup.
Dan seperti ingatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin barubaru ini menjelang pilihan raya ini akan muncul ‘hantuhantu jembalang’ dari Semenanjung di Sarawak yang boleh mengganggu keharmonian rakyat negeri itu. Ketika Pilihan Raya Kecil Sibu, ramai juga pengundi yang dikatakan terkejut dengan corak kempen yang dibawa dari Semenanjung. Maka eloklah kempen ini sekadar 10 hari tidak perlu lamalama. Sebabnya parti politik sudah berpolitik sejak sejurus selepas PRU.
Kembali kepada ‘serangan’ ke atas Abdul Taib, pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Ketua Menteri itu. Maka bermulalah isu serangan peribadi. Salah satu serangan ialah apabila pemimpin DAP, Lim Kit Siang mendakwa Abdul Taib tidak ikhlas ketika mengumumkan pengundurannya daripada politik kerana tidak menamakan penggantinya.
Kata Abdul Taib: ‘‘Anda fikir saya bodoh… kenapa dia (pemimpn DAP) tidak mengumumkan penggantinya terlebih dulu? Cuba anda lihat saya sejak 30 atau 40 tahun lalu. Saya tidak pernah berbohong kepada rakyat. Saya tidak pernah bermain politik kotor. Selama ini saya hanya berdiam terhadap apa dilakukan DAP.”
Dalam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku. Apakah keikhlasan sentiasa ada dalam kebanyakan diri orang politik? Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.
Sebelum ini pun ada pemimpin pembangkang yang kecoh satu Malaya mahu bersara daripada politik selepas tewas pada PRU. Partinya kalah teruk. Dia tibatiba merajuk mahu meletak jawatan. Tetapi akhirnya pemimpin itu tidak jadi berbuat demikian. Kini masih berjawatan dan aktif berpolitik. Adakah pemimpin seperti ini dikategorikan sebagai ikhlas? Cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap? Siapakah dia? Rasanya semua orang tahu.
Soal keikhlasan terpilih juga timbul di kalangan parti pembangkang termasuk dalam isu video adegan seks lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang. Apakah reaksi Trio Semenanjung? Bayangkan jika video itu didakwa mirip wajah pemimpin BN. Sudah tentu kecoh satu dunia, bukan setakat satu Malaya.
Menjelang pilihan raya Sarawak juga timbul keikhlasan parti pembangkang dalam pembahagian kerusi. Trio Semenanjung dan Snap berbalah walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kata pengagihan akan selesai dalam masa terdekat. Khabarnya mereka tidak sepakat mengenai pengagihan kerusi. Masingmasing ghairah untuk mendapat kerusi yang lebih besar kerana yakin akan menang dan memerintah Sarawak. Macam cerita Nujum Pak Belalang apabila si pencuri iaitu Badan dan Nyawa mengagihkan hasil rompakan di dalam sebuah gua. Tak habishabis mereka membahagikan harta satu untuk kau dan dua untuk akusehinggalah akhirnya harta itu dapat kepada orang yang nampak bodoh tetapi lebih cerdik iaitu Pak Belalang.
DAP mengakui parti itu lebih kuat di Sarawak berbanding rakan trionya PKR. Pas pula bagaimana? Pas juga khabarnya mahu bertanding di enam kerusi. Pas mahu menumpang tuah DAP jika parti itu dan PKR serta Snap membentuk kerajaan Sarawak. Isunya apakah modal kempen yang akan dibangkitkan Pas? Adakah isu negara Islam
yang ditentang DAP? Apakah isu peribadi pemimpin BN? Berdasarkan beberapa PRK lalu, kempen sering kali berkisar kepada isu peribadi calon atau pemimpin. Sijil akademik pun jadi isu.
Selak, dedah, londeh jadi mainan politik (lihat Selak 29 Mac 2010). Siapa yang mempelopori kempen seperti ini? Isu selak, dedah, londeh ini juga tidak ada keikhlasan. Apabila orang lain membangkitkan isu peribadi mereka, maka cepatcepat mereka melenting. Sungguh kalut apabila isu peribadi pemimpin yang mereka sokong dibangkitkan. Macammacam dalil dikeluarkan tetapi seperti kata Dr. Mahathir Mohamad, golongan seperti ini mudah lupa. Merekalah yang ghairah membangkitkan isu peribadi orang tetapi apabila terkena batang hidung sendiri atau batang tubuh sendiri, barulah mereka kalut.
Apakah isu peribadi akan terus mewarnai kempen di Sarawak? Atau ada berita manis yang akan bermain di bibir Trio Semenanjung termasuk Buku Jingga?
Memang menarik untuk menantikan apakah isu yang bakal dibangkitkan oleh trio ini. Siapakah yang akan menjadi sasaran Pas yang pernah bertanding di Sebuyau (2001) dan di DUN Beting Maro pada 2006?. Di Sarawak, Pas tidak ada sasaran untuk menyerang kecuali Abdul Taib. Jika di Semenanjung, mereka boleh membelasah UMNO dan pemimpinnya. Tetapi di Sarawak, tidak ada UMNO, maka terkuncilah mulut mereka untuk mengata pemimpin UMNO. Seperti orang buta kehilangan tongkat.
Apa pun BN perlu memberi perhatian terhadap isu yang akan dibangkitkan oleh Trio Semenanjung supaya pengundipengundi tidak terpengaruh dengan dakyah halus mereka. Pada masa yang sama faktor calon juga perlu diberi perhatian. Ini termasuk memilih ‘calon yang boleh menang’, dapat diterima pengundi serta calon yang sedia berkhidmat, bukannya hanya pandai menabur janji dan tidak ikhlas dalam membela rakyat.
UMA280311013C001