Trio Semenanjung dan keikhlasan berpolitik

SEMUANYA sudah terjawab mengenai Pilihan Raya Sarawak Ke10. Barisan Nasional (BN) sudah tentu bersedia menghadapinya. Begitu juga dengan parti pembangkang yang sudah lama membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya itu. Berdasarkan tempoh berakhirnya penggal DUN Sarawak yang ada sekarang telah diketahui umum iaitu pada 23 Julai 2011, maka sudah tentu setiap parti politik meletakkan jentera mereka dalam keadaan bersedia sejak awal tahun lagi. Masingmasing hanya menunggu masa untuk turun ke gelanggang pada 6 April sebagai hari penamaan calon dan 16 April hari mengundi. Misi BN tentulah mahu mempertahankan negeri itu…

Read More

Senarai hutang menanti pada usia muda

AKHIRNYA Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat hanya mereka yang berpendapatan minimum RM24,000 setahun layak memohon kad kredit. Bagi yang mempunyai pendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad. Mereka yang sudah memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan kad yang menjadi pilihan. Masih belum terlambat syarat ini dikenakan setelah 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit berpendapatan kurang RM36,000 setahun. Diharapkan bank atau institusi kewangan yang menawarkan kad kredit dapat mematuhi arahan ini dan…

Read More

Kemelut MIED boleh ganggu ‘pemulihan’ MIC

SUDAH lama tidak mendengar khabar berita mengenai bekas orang No. 2 MIC, S. Subramaniam. Sejak S. Samy Vellu mengumumkan persaraannya sebagai Presiden MIC pada 6 Disember 2010, Subramaniam lebih banyak mendiamkan diri, mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung peralihan kuasa daripada Samy Vellu kepada G. Palanivel. Mungkin beliau mahu melihat sejauh mana kepimpinan MIC berubah di bawah Palanivel yang pernah mencabar kedudukannya sebagai timbalan presiden dan memenangi jawatan itu dengan sokongan Samy Vellu. Subramaniam mahu melihat usaha Palanivel untuk mendemokrasikan, meliberalkan dan memantapkan semula MIC. Mungkin juga Subramaniam mahu melihat…

Read More

Selepas 2008… usah riuh sekampung sebelum bertelur

ESOK genap tiga tahun 8,161,039 pengundi memilih wakil rakyat mereka bagi Dewan Rakyat dan 7,117,226 memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke12. Tarikh 8 Mac 2008 akan diingati terutama oleh partiparti politik. Barisan Nasional (BN) akan ingat bagaimana parti itu kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pas pula di samping mengekalkan Kelantan berjaya mendapatkan Kedah dan menumpang kemenangan besar DAP di Perak apabila wakil Pas dilantik sebagai Menteri Besar (MB). Bagaimanapun kerajaan campuran DAP-Pas-PKR di Perak tidak bertahan lama apabila dua ADUN Parti Keadilan…

Read More