Gula… Bukan sorok tetapi sekadar ‘simpan’

GULA. Di mana kau gula? Di kilang, di gudang pemborong, di stor peruncit/pekedai atau sedang ‘bersembunyi’ di kebanyakan rumah pengguna? Isu kekurangan gula muncul lagi. Di beberapa negeri, keadaan agak kelam kabut juga. Ada yang terpaksa menunjukkan sijil nikah dan ada pula perlu membeli barang bernilai RM100 sebelum layak membeli gula. Di kebanyakan pasar raya, pembeli dihadkan membeli dua peket atau dua kilogram sahaja sehari. Tetapi untuk mendapat bekalan lebih, ada juga yang menghantar satu keluarga membeli gula. Kalau suami isteri campur dua anak, maka dapatlah dibeli lapan kilo gula…

Read More