Tersilap pilih calon atau tersalah pilih parti

BERAPA ramaikah wakil rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang merupakan golongan yang termasuk dalam kumpulan tersilap pilih? Persoalan ini dilontarkan apabila kepimpinan parti itu secara terbuka menyatakan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung tersilap memilih calon. Akibatnya wakil rakyat ini ‘tidak kuat’ dan ‘mudah goyang’ sehingga akhirnya membawa peletakan jawatan atau meninggalkan parti itu. Ada juga wakil rakyat yang dikatakan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan setelah mereka dipilih oleh rakyat. Dalam erti kata lain, adakah kebanyakan wakil rakyat PKR merupakan calon ‘tangkap muat’ (mengambil mana…

Read More

Boh kian dan Chief Minister with power

GONG Xi Fa Cai! Sebelum itu maaflah kerana tidak menggunakan tajuk dalam bahasa Melayu. Bukan tujuan nak ketepikan bahasa Melayu tetapi sekadar sempena Tahun Baru Cina dan isu politik yang melanda Pulau Pinang. Minggu ini tiada lagi kisah Tiga Abdul. Kalaulah Tan Sri P. Ramlee masih hidup, tidak pasti sama ada Tiga Abdul akan disambung. Tidak diketahui apakah kesudahan nasib Kassim Patalon atau Tuan Penasihat yang dilelong untuk dijadikan hamba. Siapakah agaknya yang akan membeli Tuan Penasihat? Tetapi sekadar menyelak kembali kesudahan kisah tersebut, Abdul Wahub telah menebus maruah abangnya…

Read More

Kebajikan, ketelusan, keadilan sekadar slogan manis

MINGGU lalu penulis menerima satu mesej daripada seorang wakil rakyat. Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) itu beliau menyatakan: ‘‘Pelik Tapi Benar… Satu Ketua Menteri dan dua Menteri Besar: Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor betul-betul memeningkan rakyat. Sepanjang masa berpolitik, penuh kontroversi dan tidak fokus pada tugas sebagai ketua kerajaan negeri’’. Mungkin beliau merujuk kepada pergolakan yang berlaku di negeri-negeri itu yang diterajui oleh Lim Guan Eng (DAP), Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR). Pulau Pinang dengan isu Melayunya dan terjahan oleh wakil rakyat PKR (rakan…

Read More

Apakah kesudahan nasib Melayu Pulau Pinang?

DULU, kira-kira 40 tahun lalu, waktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang yang diterajui Gerakan, UMNO, MCA, MIC bukannya tidak ada gerai Melayu yang diroboh. Memang ada gerai yang diroboh atas sebab-sebab tertentu. Paling popular sudah tentu tidak ada lesen atau untuk memberi laluan kepada projek lain. Dulu, bukannya tidak ada peniaga yang berniaga ikut suka sehingga mengganggu lalu lintas. Memang ada sehingga sekarang tetapi tidak ada tindakan yang drastik diambil dan mereka terus berniaga seperti biasa. Semuanya itu berlaku di Pulau Pinang ketika kerajaan BN diketuai oleh…

Read More