Meja rundingan ditendang, debat pula dirancang

BANYAK sudah yang diperkatakan tentang kegagalan kerajaan perpaduan cetusan Pas yang kemudiannya cuba dipusing sebagai idea UMNO. Mungkin lebih ramai yang tidak terkejut daripada yang terkejut dengan penolakan idea yang dicetuskan sendiri oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Bagi yang tidak terkejut mungkin akan berkata, Pas-UMNO macam anjing dengan kucing. Memang tidak boleh bertemu. Kalau berjumpa pun akan berkelahi. Tetapi sebagai orang Melayu Islam, di hati kecil ada sedikit perasaan untuk mengharapkan pertemuan bagi membincangkan kerajaan perpaduan menjadi kenyataan demi kepentingan ummah. Apa salahnya sekadar pertemuan untuk berbincang? Kata orang,…

Read More

Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi ‘hiasan’

BANYAK ‘peristiwa’ yang akan berlaku hari ini. Dalam politik, sudah pasti isu kerajaan perpaduan yang khabarnya akan berlaku beberapa pertemuan yang diatur oleh Pas, parti yang mencetuskan idea tersebut. Difahamkan Pas akan menemui rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang kini agak cemas dengan isu kerajaan perpaduan. Di Dewan Rakyat pula, isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka menjadi perhatian. Fokus tentulah kepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sejak minggu lepas, mereka sering berbalas kecaman dan tuduhan melalui media dan ruang siber. Hari ini mereka akan…

Read More

Suasana baru bermula di Dewan Rakyat hari ini

HARI ini Dewan Rakyat mula bersidang. Mesyuarat kedua, penggal kedua, Parlimen kedua belas ini akan berlangsung sehingga 30 Jun ini. Persidangan ini adalah kali pertama selepas peralihan kepimpinan UMNO pada 26 Mac lalu. Ini juga kali pertama persidangan selepas rombakan Kabinet berikutan peralihan kuasa pada 3 April 2009. Najib Tun Razak yang sebelum ini sebagai orang No.2 kini menjadi orang No.1 mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Berikutan rombakan itu, akan berlaku perubahan tempat duduk pada persidangan kali ini yang melibatkan barisan Kabinet baru. Pak Lah…

Read More

Pengundi tidak kemaruk mengundi di Penanti

BUKAN berita mengejutkan! Seperti dijangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam. PKR layak memenangi kerusi itu kerana telah diberi laluan mudah apabila Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara pengosongan kerusi itu dilakukan. Dan di kalangan empat calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti itu, PKR adalah satu-satunya parti politik yang bertanding sementara yang lain adalah calon Bebas. Kehadiran calon Bebas sekadar tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada PKR. Dengan sokongan rakan-rakan seperti DAP dan Pas,…

Read More