GAZA CITY: Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Gaza mendedahkan 1,000 masjid musnah susulan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan, Kementerian itu menjelaskan, pembinaan semula masjid-masjid ini akan menelan belanja sekitar AS$500 juta (RM2.36 bilion). Dianggarkan terdapat 1,200 masjid di Semenanjung Gaza. Menurut kementerian itu, lebih 100 pendakwah Islam turut terbunuh dalam serangan maut Israel di wilayah pinggir laut itu di samping memusnahkan puluhan tanah perkuburan. Kenyataan itu juga menyebut sebuah gereja, beberapa bangunan pentadbiran, pusat pengajian al-Quran, dan ibu pejabat bank musnah…
Read MorePenjawat awam diarah daftar sebelum 15 Feb
PUTRAJAYA 22 Jan. – Semua penjawat awam diarah mengemas kini maklumat masing-masing menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya pada 15 Februari ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengeluarkan arahan itu melalui surat pekeliling bertarikh 17 Januari lalu. Surat pekeliling itu dihantar kepada Ketua Setiausaha semua kementerian, semua ketua jabatan peringkat persekutuan, setiausaha kerajaan negeri serta ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. “Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 1/2024 pada 14 Januari 2024 meminta supaya semua penjawat awam…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas jelas kenapa serang Israel
GAZA: Hamas mempertahankan tindakan melakukan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu adalah sebagai langkah perlu dan tindak balas bagi menentang pendudukan rejim Zionis dan pembunuhan rakyat Palestin. Menurut laporan Al Jazeera yang memetik laporan setebal 16 muka surat diterbitkan kumpulan pejuang itu, Hamas menjelaskan anggotanya cuma menyasarkan tentera Israel dan individu yang membawa senjata. Melalui laporan ‘Naratif Kami’, Hamas yang mentadbir Gaza berkata pihaknya mahu menjelaskan latar belakang dan kedinamikan serangan mengejut yang dipanggil Operasi Taufan Al-Aqsa. Hamas menjelaskan serangan itu antara lain disebabkan, kempen pembinaan penempatan Israel…
Read MoreIndonesia mahu import 3 juta tan beras
GARUT, JAWA BARAT: Indonesia akan mengimport tiga juta tan beras tahun ini bagi memenuhi defisit berasnya yang dianggarkan sehingga 2.3 juta tan, disebabkan corak cuaca El Nino. Menteri Penyelaras Ekonomi Airlangga Hartarto, berkata daripada jumlah itu, dua juta tan diproses di Agensi Logistik Negara (Bulog). Tahun lalu, Indonesia mengimport kira-kira 3.5 juta tan beras dengan baki 500,000 tan dijangka tiba bulan ini. Hartarto yang melawat Daerah Garut untuk menyerahkan bantuan beras kerajaan kepada keluarga penerima, memberitahu, corak iklim El Nino yang melanda Indonesia baru-baru ini mencetuskan defisit beras negara. Dalam…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 22.01.2024
Lebih 25,000 rakyat Palestin terkorban
GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah melepasi 25,000 orang manakala 62,681 lagi cedera , demikian menurut pegawai kesihatan di Gaza hari ini. Pertempuran tentera Israel dan pejuang Hamas terus berlaku di beberapa lokasi, dari Jabalia di utara hingga Khan Younis di selatan Gaza. Kementerian Kesihatan Gaza berkata, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 178 rakyat Palestin terbunuh, salah satu hari paling maut sejak konflik tercetus manakala tentera Israel berkata, seorang tenteranya turut terbunuh dalam pertempuran. Katanya, kematian direkod tidak membezakan…
Read MorePemilik terkejut rumah didiami warga asing
SEPANG 21 Jan. – Rumah kosong jangan dibiar begitu sahaja, tanpa pengawasan supaya tidak diceroboh orang dan dijadikan kediaman ‘milik sendiri’. Itu mesej yang ingin disampaikan oleh pemilik akaun Facebook Srilabu Kedah, yang mendedahkan sebuah rumah jenis pangsapuri di Puchong Selangor yang dibiarkan kosong selama 10 tahun diceroboh dan didiami warga asing. Kisah itu terbongkar apabila kenalan kepada Srilabu Kedah meminta beliau menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan milik sahabat kenalannya yang tinggal di Pantai Timur. “Aku tanya rumah siapa tinggal sekarang? Owner (pemilik) kata rumah kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk,…
Read More50 kes penyamaran dalam tempoh 20 hari
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Sebanyak 50 kes penyamaran sebagai kenalan di media sosial dilaporkan dalam tempoh 20 hari tahun ini dengan kerugian RM238,732, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara melibatkan kerugian RM2,503,803.05. Katanya, modus operandi yang digunakan sindiket penipuan adalah menyamar sebagai rakan atau kenalan di media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Telegram dan sebagainya. “Berdasarkan siasatan, sindiket itu didapati menggodam akaun media sosial milik mangsa dan…
Read MorePetrol bahan bakar khianat api MP Beruas
IPOH 21 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak membuat pengesahan awal, bahan bakar yang digunakan suspek kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham adalah daripada petrol. Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengesahan itu telah dibuat pihak bomba pada 18 Januari lepas, dan pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada JBPM Perak. “Surat laporan rasmi akan dihantar kepada pihak polis dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes…
Read More