Tempek @ lempeng pisang

AWAK ada pisang lebih? Awak ada pisang awak? Pisang dan awak, dua perkataan berbeza tetapi pisang awak adalah sejenis pisang. Pisang awak boleh buat cucoq @ kuih. Salah satunya, tempek pisang. Ada yang panggil lempeng pisang, bukan lempang. Dalam bahasa Inggeris ada yang cakap  ‘banana pancake’ . Satu lagi kuih orang dulu-dulu untuk menyorok. Memang kreatif orang kita untuk mempelbagaikan kegunaan pisang yang berlebihan. Bila dah ranum, lebih baik buat cucoq (kuih). Macam-macam cucoq boleh buat bukan sekadar cucoq kodok tetapi pisang yang ranum dan berlebihan itu dibuat tempek @…

Read More

Apom lenggang

PAGI ni menyorok apom lenggang atau apam lenggang. Masakan tradisional yang juga popular di utara. Enak di makan begitu sahaja. Apom ini adalah adunan tepung beras, santan, gula, telur yang dikisar. Dulu pernahlah tolong mak kisar. Ada alat dia tu. Kenapa lenggang..sebab apabila dimasukkan adunan ini di tengah kuali kemudian lenggang ikut saiz. Makan panas-panas sedap ni. Rangup. Di utara mudah juga dapat. Ini menyorok di pasar awam Seberang Jaya.

Read More

Nasi ulam

MENYOROK apa pagi ni? Kebetulan merentas negeri ke Seberang Perai, hari ini sempat menyorok nasi ulam. Bukan nasi kerabu. Orang utara tahulah nasi ulam ni. Terjumpa nasi ni di salah satu gerai di Pasar Awam Jalan Todak, Seberang Jaya. Gerai Sharifah ini juga menjual nasi daun lemuni yang hanya mengguna daun lemuni. Dulu di kampung, setiap kali bulan puasa mesti ada menu nasi ulam waktu berbuka. Rajin orang yang membuatnya kerana sanggup mencari ulam-ulaman untuk diadunkan. Biasanya ulam ni ada di sekeliling rumah atau jenguklah di sekitar rumah jiran. Ulam…

Read More

Warung Pak Hussain

JIKA inginkan makanan dulu-dulu pada waktu pagi bolehlah singgah di Warung Pak Hussain, Bandar Puteri, Kajang. Mudah sahaja lokasinya, tidak jauh dari Plaza Tol Putra Mahkota. Nama saja warung tapi sebenarnya restoran. Ada menu The Best of Muo seperti sate ayam, sate daging, ketupat lodeh, soto ayam, mee bandung, mee rebus, laksa Johor. Manakala Kak Patty Old Time Fav pula menyediakan lempeng kelapa, ubi rebus, jejemput ikan bilis dan penaram udang. Di sini seperti biasa ada juga nasi lemak. Itu makanan wajib orang kita semasa menyorok. Tidak ketinggalan mihun dan…

Read More

Telur di atas roti di bawah

BIASANYA kalau di kedai mamak, pagi-pagi pilihan untuk menyorok adalah roti canai. Macam-macam ada dalam keluarga roti canai ini. Ada roti telur, roti pisang, roti sardin. Roti telur biasanya telur dipecahkan dan telur disekalikan dengan roti. Tetapi ada juga roti telur mata. Ini disebut roti telur di atas. Roti di bawah telur di atas. Kuah pula dimasukkan sekali dalam pinggan. Macam roti canai banjir. Okey lah, roti sebiji telur sebiji untuk menyorok. Saya mencubanya di gerai 48 Kadir Roti Canai di Pasar Seberang Jaya. Angka 48 tu bukan nombor  Jom…

Read More

Ubi Kayu Rebus

SEKALA sekala, cuba menyorok dengan ubi kayu rebus. Kalau nak rebus di rumah mungkin tak berbaloi. Nak makan sikit tapi nak memasak tu…Maka carilah mana-mana kedai, gerai malahan restoran yang menjual ubi kayu rebus ini. ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut. Memang sedap. Ada juga yang makan dengan ikan masin serta sambal. Ikutlah selera masing-masing tetapi kebiasaannya dengan kelapa parut. Di kampung suatu masa dahulu, jika tak ada apa nak makan lebih-lebih lagi musim hujan, cabutlah ubi kayu. Yang ada tanah, bolehlah cuba tanam, mungkin berguna suatu masa nanti.…

Read More

Nasi Lemak Antarabangsa

JIKA anda berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah menyorok di mana-mana gerai di Kampung Baru. Salah satunya gerai Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Gerai biasa-biasa saja di Jalan Raja Muda Musa, tidak jauh dari pintu gerbang Kampung Baru. Ada pelbagai lauk pilihan selain lauk biasa, bilis, sambal dan telur. Anda boleh pilih sotong, daging, ayam, paru dan sebagainya. Jom singgah. Rasa sendiri, bukan sekadar mendengar cerita orang.

Read More

Nasi lemuni

DI Kuala Lumpur jarang jumpa nasi lemuni. Maka jika turun Pulau Pinang terutama Seberang Jaya, kalau nak menyorok pagi bolehlah cari nasi lemuni. Suatu masa dulu, arwah emak selalu buat nasi lemuni. Memanfaatkan pokok lemuni di tepi rumah. Macam nasi ulam yang diadun pelbagai daun tetapi nasi lemuni diadun hanya dengan daun lemuni. Semakin banyak daun lemuni maka semakin terasa ‘kelemuniannya’ . Di Seberang Jaya, lokasi yang ada jual nasi lemuni ini adalah di Gerai Sharifah,  Pasar Awam Jalan Todak.  Ada yang dah dibungkus macam nasi lemak untuk dibawa pulang.…

Read More