Category: SEMASA
Kemusnahan hutan meningkat di Indonesia
BANGKOK – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan , Auriga Nusantara, mendedahkan 261,575 hektar (646,366 ekar) hutan primer dan sekunder di seluruh Indonesia musnah pada 2024, lebih 4,000 hektar berbanding tahun sebelumnya. Pengerusi Auriga Nusantara, Timer Manurung berkata, keadaan itu membimbangkan, kerana berlaku peningkatan penebangan hutan secara haram. Justeru beliau menggesa perlindungan ‘segera’ hutan di Kalimantan berikutan ia merekodkan kerugian tertinggi. Berdasarkan analisis imej satelit dan kajian di lapangan, penebangan hutan di Indonesia pada 2024 meningkat bagi tahun ketiga berturut-turut. Laporan itu dikeluarkan ketika pakar alam sekitar Indonesia membangkitkan kebimbangan mengenai…
Read MoreKomitmen The Hague pertahan hak Palestin
THE HAGUE – Kumpulan The Hague menegaskan komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawaban terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Wilayah Palestin yang diduduki. Dalam kenyataan bersama, wakil negara anggota menekankan tanggungjawab kolektif untuk mempertahankan hak mutlak semua bangsa, termasuk hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri. Ia berpandukan matlamat dan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan itu dibacakan bagi pihak Kumpulan The Hague oleh wakil Afrika Selatan, Zane Dangor dalam satu sidang media bersama selepas wakil-wakil Belize, Bolivia, Colombia, Cuba, Honduras, Malaysia, Namibia, Senegal…
Read MoreTarif baharu dijanjikan Trump bermula
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan meneruskan pelaksanaan tarif baharu yang agresif mulai hari ini, ke atas Kanada, Mexico dan China. Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, dalam satu taklimat berkata, Trump akan berpegang kepada tarikh akhir 1 Februari yang ditetapkannya melalui satu kenyataan beberapa minggu lalu. Pengesahan Leavitt mengenai tarif baharu itu menamatkan spekulasi sama ada Presiden akan menunaikan janjinya sebagai calon presiden untuk mengenakan duti baharu tersebut. Tarif itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke…
Read MoreNizam Panglima Angkatan Tentera Ke-23
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Datuk Mohd Nizam Jaffar, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-23, berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mohd Nizam adalah individu kedua dilantik sebagai PAT yang bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara sedia ada, selepas Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail yang juga PAT Ketiga. Pada majlis Serah Terima Tugas PAT Ke-23 hari ini, Mohd Nizam, 59, yang berpangkat…
Read MoreGaji minimum baharu berkuat kuasa
PUTRAJAYA 31 Jan. – Gaji minimum baharu RM1,700 berbanding RM1,500 sebelum ini yang berkuat kuasa esok, 1 Februari akan memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan. Perintah gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa bermula pada 1 Ogos bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan…
Read MoreAfdlin dakwa agenda burukkan nama
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki menyifatkan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agenda yang sengaja dilakukan untuk memburukkan namanya. Afdlin menafikan dakwaan itu melalui entri di Instagram (IG) susulan tular hantaran dalam Telegram baru-baru ini yang cuba mengaitkannya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan satu projek di bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur. “Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek ini. “Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini adalah usaha oleh pihak yang…
Read MorePeranan penting Malaysia bangunkan Gaza
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam pelbagai peringkat sama ada domestik, serantau dan antarabangsa dalam usaha pembangunan semula Gaza di Palestin. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik bagi menjalin kerjasama erat dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Katanya, negara OIC itu termasuk Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan negara Timur Tengah lain yang mempunyai kapasiti ekonomi sangat kukuh. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, kmelalui…
Read MoreBerita pilihan…
Pemimpin Arab pertama kunjungi Syria
DAMSYIK – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani menjadi pemimpin Arab pertama yang melawat Syria sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad. Beliau tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Khamis dan disambut Ahmed Al-Sharaa, yang diisytiharkan sebagai Presiden sementara Syria. Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria, dengan Qatar dijangka memainkan peranan utama dalam pembinaan semula, menurut agensi berita Qatar. Sebelum inj, Qatar menyokong pasukan pembangkang Syria semasa perang saudara negara itu yang berlangsung selama 13 tahun sebelum Assad melarikan diri dari Damsyik ke Moscow pada awal Disember.…
Read More