Kes harian kekal 5,000

PUTRAJAYA 27 Jun – Menjelang hari terakhir fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak berganjak dari paras 5,000 apabila merekodkan 5,586 kes baharu hari ini. Pertambahan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan virus itu dalam negara adalah sebanyak 734,048. Sebanyak 5,583 kes tempatan dilaporkan iaitu melibatkan 4,186 warganegara dan 1,397 bukan warganegara sementara tiga kes import adalah seorang warganegara dan dua bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,944 orang meninggal dunia. Selangor merekodkan…

Read More

Bimbang akses asal usul Covid-19

AMERIKA Syarikat dan 13 negara lain dalam satu kenyataan bersama bimbang dengan penangguhan laporan asal-usul Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ketiadaan akses bagi data lengkap. Kenyataan bersama ini ditandatangani Australia, Kanada, Republik Czech, Denmark, Estonia, Israel, Jepun, Latvia, Lithuania, Norway, Korea Selatan, Slovenia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ini susulan pendedahan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengenai tindakan China merahsiakan data daripada pasukan penyiasat badan dunia itu. Kesemua negara menegaskan wujud kepentingan menyuarakan keprihatinan bahawa kajian-kajian pakar antarabangsa mengenai asal-usul Covid-19 tertangguh dengan ketara. China didakwa…

Read More

1,680 kes baharu, 7 kematian

PUTRAJAYA 6 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,680 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 1,677 kes tempatan dan tiga kes import. Daripada 1,677 kes tempatan, sebanyak 1,225 melibatkan warganegara dan 452 bukan warganegara manakala kes import melibatkan bukan warganegara. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisyam Abdullah, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 311,777. Kes aktif pula 21,159 manakala 172 sedang dirawat yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sebanyak 54 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan…

Read More