JOHOR BBAHRU 23 Mei – Nurul Izzah Anwar menenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dengan meraih 9,803 undi mengalahkan penyandang Rafizi Ramli yang memperoleh 3,866 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 berlangsung di Johor Bahru.
Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada pemilihan 2018.
Beliau bagaimanapun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR selepas menewaskan pesaingnya yang turut mencabar kedudukannya pada pemilihan 2022 lalu, Rodziah Ismail, yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Pada pemilihan 2022 lalu, Rodziah yang juga Ahli Parlimen Ampang, tewas kepada Fadhlina hanya dengan 32 undi selepas beliau memperoleh 18,891 undi berbanding 18,923 undi oleh Fadhlina.
Bagaimanapun pada pemilihan kali ini, Fadhlina berjaya mendahului pesaingnya itu, yang turut dinamakan berada dalam kem Rafizi dengan jurang undi lebih besar.
Penyandang jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli juga menang bagi jawatan nombor dua wanita itu.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim dengan perolehan undi 3,339 undi.
Sebelum ini, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding sebagai Ketua AMK dalam pemilihan parti kali ini selepas tiada calon mencabar kedudukan itu.
Nnnn
