Cadangan naik cukai orang kaya

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang merancang untuk menaikkan cukai terhadap golongan kaya bagi membolehkan pengurangan, atau penghapusan sepenuhnya, cukai yang ditanggung oleh rakyat biasa.

Perkara ini didedahkan oleh sekutu rapat beliau, Steve Bannon. seorang strategis politik, penerbit media, dan pembikin filem yang berpengaruh di AS.

Beliau yang lahir pada 27 November 1953 di Norfolk, Virginia, pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan dan ketua strategi di White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump pada tahun 2017.

Walaupun meninggalkan White House dalam suasana kontroversi, Bannon kekal sebagai suara yang lantang dan berpengaruh dalam gerakan “Make America Great Again” (MAGA).

Sokongannya terhadap Trump tidak pernah luntur, malah beliau terus memainkan peranan penting dalam membentuk naratif politik sayap kanan di AS.

Related posts

Leave a Comment