Aidilfitri Arab Saudi esok, Indonesia Isnin

KUALA LUMPUR 30 Mac – Umat Islam di Arab Saudi akan merayakan Aidilfitri esok 30 Mac manakala indonesia menetapkan pada Isnin, 31 Mac 2025.

Mahkamah Agung Arab Saudi, mengumumkan ketetapan itu sekali gus menyaksikan hari ini menjadi hari terakhir Ramadan.

Solat sunat Aidilfitri akan diadakan di seluruh negara esok sejurus selepas matahari terbit, dengan pengaturan menyeluruh dibuat untuk menampung jemaah untuk solat Hari Raya tahunan.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh baru-baru ini mengeluarkan arahan untuk mengadakan solat Aidilfitri 15 minit selepas matahari terbit, mengikut kalendar Umm Al-Qura.

Sementara itu di Jakarta, Menteri Agama Nasaruddin Umar pada satu sidang media malam ini mengumumkan Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac, 2025.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Syawal), yang melibatkan antaranya pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, ahli falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil-wakil dari kedutaan di Indonesia.

“Pada malam ini untuk seluruh wilayah Indonesia masih melakukan solat tarawih. Kita berharap hasil daripada sidang ini seluruh umat Islam di Indonesia dapat merayakan Aidilfitri dengan sukacita,” katanya.

Umat Islam di republik ini telah mula berpuasa sejak 1 Mac.

Nnn

Related posts

Leave a Comment