Hampiri 7 juta, 400,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 7 juta sementara kematian melebihi 400,000 orang.

Data Johns Hopkins University sehingga 6.30 pagi ini menunjukkan terdapat pertambahan 380,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 1.92 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif 672,846 kes, diikuti Rusia yang merekodkan 467,073 kes.

Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes di mana United Kingdom (UK) mendahului dengan 287,621 kes diikuti India 257,506,  diikuti Sepanyol 241,550 dan Itali 234,998.

Sementara Arab Saudi hari ini menyertai tujuh negara lain yang mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 kes.

Mendahului senarai kelompok 100,000 adalah Peru 196,515, Perancis 191,102, Jerman 185,750, Iran 171,789, Turki 170,132, Chile 134,150, Mexico 113,619 dan Arab Saudi 101,914.

Pakistan dan Kanada pula mencatatkan angka melebihi jangkitan yang direkodkan oleh China (84,187) iaitu 98,943 dan 96,805 kes.

Sementara itu, AS juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 110,425 diikuti dari jauh oleh UK 40,625, Brazil 35,930 dan Itali 33,899.

Perancis pula mencatatkan 29,158 kes, Sepanyol 27,136 dan Mexico 13,511.

Banyak negara sudah mengatasi kes kematian di China, negara bermulanya wabak ini iaitu Belgium 9,595, Jerman 8,685, Iran 8,281, Kanada 7,869, India 7,207, Netherland 6,032, Rusia 5,851, Peru 5,465, Turki 4,692 dan Sweden 4,659.

China merekodkan 4,638 kematian.

Sementara itu kes pesakit yang telah sembuh pula sebanyak 3.12 juta.

Related posts

Leave a Comment