4 kematian, 2,425 kes baharu

PUTRAJAYA 22 Jun – Empat lagi kematian baharu dilaporkan akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,741 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat pertambahan 2,425 kes baharu berbanding 1,921 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,547,051.

Sebanyak 27,026 kes aktif dilaporkan dengan 25,972 menjalani kuarantin di rumah, 30 kes dirawat di ICU dan 16 memerlukan bantuan alat pernafasan sementara 1,550 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,484,284 orang pulih.

Sementara itu Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,055 berbanding 714 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan negeri itu setakat ini sebanyak 1,383,575.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 515 (521), Pulau Pinang 148 (125), Sabah 125 (96) dan Perak 113 (98).

Negeri Sembilan merekodkan 87 berbanding 69 kelmarin, Wilayah Persekutuan Putrajaya 64 (37), Sarawak 64 (47), Johor 59 (63), Melaka 57 (32), Kedah 54 (52), Pahang 33 (23), Kelantan 27 (19), Terengganu 17 (14), Perlis 6 (4) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 (7).

Related posts

Leave a Comment