Lantikan Musa atas perkenan Agong

PUTRAJAYA 17 Dis. – Pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari depan adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perkara 1 Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati Agong bagi urusan pelantikannya, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah.

Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri Sabah dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri.

Justeru, beliau yang juga Menteri Komunikasi menyelar kenyataan Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh Perdana Menteri bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa.

“Sebelum YB (Amira) membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment