GAZA – Hamas menerima cadangan Mesir untuk membentuk jawatankuasa bersama Palestin bagi mentadbir Semenanjung Gaza selepas perang Israel yang berterusan.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata ia telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan Fatah di Kaherah untuk membentuk jawatankuasa bagi mengurus Gaza melalui pelaksanaan rangka kerja yang dipersetujui sebelum ini untuk mencapai perpaduan Palestin.
Menurut Hamas, delegasinya di Kaherah juga telah mengadakan perbincangan dengan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), satu lagi kumpulan Palestin, untuk membincangkan perkembangan di Gaza dan Tebing Barat.
Mesyuarat tambahan telah diadakan dengan tokoh terkemuka Palestin, di mana kemas kini mengenai perbincangan dengan Fatah dan cadangan Mesir telah dikongsi.
Sejak 2007, perpecahan geografi dan politik antara Hamas dan Fatah, telah memecah-belahkan pentadbiran Palestin, dengan Hamas mengawal Gaza dan pihak Berkuasa Palestin yang diterajui oleh Fatah mentadbir beberapa bahagian di Tebing Barat.
Nnn
