EU perlu patuhi waran tangkap Netanyahu

ATHENS – Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) perlu memenuhi kewajipan terhadap pelaksanaan undang-undang antarabangsa dengan mematuhi waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Benjamin Netanyahu.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell mengingatkan bahawa semua negara EU adalah pihak kepada Konvensyen Rom yang mengasaskan ICC.

“Anda tidak boleh memilih sesuka hati. Anda tidak boleh menyokong apabila mahkamah bertindak terhadap Putin dan berdiam diri apabila mahkamah bertindak terhadap Netanyahu.”, katanya.

Bercakap kepada media di luar sidang pertemuan Menteri Luar G7 di Itali, beliau berkata bahawa dwi-standard akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.

Justeru,  suka atau tidak, beliau meminta negara-negara anggota EU memenuhi kewajipan mereka dalam undang-undang antarabangsa sambil mengingatkan ICC adalah mahkamah yang mempunyai kuasa seperti mana-mana mahkamah negara.

“Jika Eropah tidak menyokong ICC, tiada harapan untuk keadilan.”, katanya.

Terdahulu, pergerakan antarabangsa yang mempromosikan boikot, penarikan pelaburan dan sekatan ekonomi (BDS) terhadap Israel menyifatkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel dan bekas Menteri Pertahanan negara itu sebagai langkah kritikal.

Walaupun terlewat, waran dikeluarkan ICC perlu disusuli dengan mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel, termasuk embargo ketenteraan yang menyeluruh, bagi menghentikan jenayah dan kekebalan yang dinikmati oleh Israel.

“Semua negara pihak kepada Statut Rom, termasuk negara yang bersubahat seperti Jerman dan United Kingdom, kini wajib melaksanakan tugas mereka dengan bekerjasama sepenuhnya dengan ICC dan melaksanakan waran tangkap ini,” kata kenyataan BDS.

Nnn

Related posts

Leave a Comment