73 lagi terbunuh serangan Israel

SEMENANJUNG GAZA: Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera, dalam serangan udara Israel ke kawasan perumahan di Beit Lahia di utara wilayah itu yang didakwa ‘sasaran pejuang Hamas’.

Menurut agensi pertahanan awam Gaza, anggota pasukan penyelamat  menemui 73 mayat syahid dan puluhan yang cedera dan masih ada mayat di bawah runtuhan bangunan selepas serangan itu.

Bassal berkata, kediaman beberapa keluarga turut diserang pada Sabtu.

Pejabat media kerajaan Gaza mengesahkan jumlah korban itu dengan mangsa yang terbabit terdiri wanita dan kanak-kanak tetapi tentera Israel mempertikaikan angka kematian yang diberikan oleh pihak berkuasa Gaza.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel yang menggunakan taktik kepung dan serang menyasarkan beberapa kediaman di dataran di Jabalia.

Ia menjadi sasaran serangan terbesar daripada lapan kem pelarian di Gaza, kata pegawai perubatan dan penduduknya pula berkata, tentera menggunakan kereta kebal meletupkan jalan dan rumah ketika mereka semakin mara ke wilayah itu, membuatkan mereka terkepung.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata dalam perang Israel di Gaza dan berkata adalah penting untuk ‘merebut peluang’ yang diberikan susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.

Kamala Harris mengakui cabaran akan datang, tetapi memberitahu pemberita dia akan terus mendesak untuk menamatkan konflik itu.

“Kita mesti memanfaatkan sepenuhnya-untuk mendedikasikan diri bagi menamatkan perang ini dan membawa pulang tebusan,” katanya yang mengingatkan semua supaya tidak berputus asa walaupun sentiasa sukar.

Nnn

Related posts

Leave a Comment