KIGALI – Jumlah kematian akibat mpox di Afrika meningkat kepada 1,100 orang sejak awal tahun ini, selepas 50 lagi kes baharu dilaporkan pada minggu lepas.
Laporan itu berdasarkan data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) yang dikeluarkan pada Khamis.
Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya pada sidang media berkata, tahun ini, sebanyak 42,438 kes mpox telah direkodkan di 18 negara Afrika.
Kaseya berkata terdapat peningkatan sebanyak 380 peratus dalam kes mpox tahun ini berbanding tahun lepas.
“Kira-kira 3,051 kes baharu direkodkan pada minggu lepas, dengan wabak baharu dilaporkan di Zimbabwe dan Zambia,” katanya.
Menurut data itu, Wilayah Afrika Tengah menyumbang 86.4 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.
Nnnn
