Sila berpindah jika kurang senang

JOHOR BAHRU 10 Okt. — Jika ada yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.

Demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

“Dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,”:titah baginda.

Menurut baginda, cuti  hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan adalah kehendak rakyat negeri ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Titah baginda, penukaran cuti hujung minggu itu juga bakal membawa kesan ekonomi yang positif seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di Johor.

“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor,” titah baginda.

Pada 1 Januari 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan lbrahim.

Negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment