Thailand catat 9 kes baharu

THAILAND kembali mencatatkan kes baharu hari ini selepas tiada sebarang kes dilaporkan semalam.

Sembilan kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah terkini sebanyak 3,054 kes..

Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA), Taweesin Wisanuyothin, kes baharu membabitkan warganegara yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara.

Pesakit mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara iaitu dua dari Amerika Syarikat, satu dari Qatar dan enam kes dari Arab Saudi. Setakat ini,

seramai 2,931 pesakit telah sembuh manakala angka kematian kekal 57 orang.

INDONESIA pula merekodkan 686 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes 23,851 sementara 55 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,473 orang.

Ketika ini, seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA mengesahkan 533 lagi kes jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu kepada 32,876 kes, dengan kira-kira 50 peratus daripada pesakit telah pulih sepenuhnya pada Selasa.

Kes baru yang dilaporkan itu hanya melibatkan tiga warganegara Singapura atau penduduk tetap, manakala yang lainnya pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, sehingga semalam, 585 kes yang disahkan masih berada di hospital, dengan lapan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, manakala 23 telah meninggal dunia.

FILIPINA merekodkan 380 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 15,049.

Kenyataan Jabatan Kesihatan Filipina juga menunjukkan 18 kematian baharu menjadikan jumlah kes 904 sementara kes aktif pula sebanyak 10,639.

Kes pulih pula meningkat kepada 3,056 termasuk 94 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

BRUNEI DARUSSALAM mencatatkan satu lagi kematian sementara tiada kes baharu dilaporkan

BRUNEI DARUSSALAM mencatatkan satu kematian menjadikan dua kes sementara dua lagi sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan. Jumlah kes terus kekal 141 apabila tiada kes baharu yang dilaporkan.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan memberitahu setakat ini 137 kes sembuh.

Related posts

Leave a Comment