Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh

DUBAI – Hizbullah Lubnan mengesahkan,  pemimpinnya Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut sehari sebelumnya.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata ia akan meneruskan pertempurannya terhadap Israel ‘untuk menyokong Gaza dan Palestin, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah dan terhormat’.

TV Al-Manar Hizbullah mula menyiarkan ayat-ayat Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah.

Terdahulu, jurucakap tentera rejim zionis itu, Avichay Adraee melalui laman X mendakwa telah membunuh Hassan Nasrallah di Lubnan pada Sabtu.

Avichay dalam kenyataan tersebut berkata tentera Israel “telah menyingkirkan” pemimpin Hizbullah berusia 64 tahun itu yang telah mengetuai kumpulan itu selama 32 tahun.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment