NEW YORK – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bakal memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, FTA kini berada di peringkat akhir untuk dimeterai Malaysia dan
anggota GCC yang terdiri daripada Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini berada di peringkat akhir untuk memeterai FTA.
Mohamad menegaskan bahawa hubungan dagangan dan pelaburan antara Malaysia serta anggota GCC sangat signifikan dengan kerjasama ekonomi yang akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.
“Kami berbincang berkenaan usaha kerjasama yang perlu dipertingkatkan di antara Malaysia dengan anggota GCC yang merupakan satu blok amat penting sekarang ini dan kita tidak boleh melepaskan pandangan kita tentang hubungan strategik ini.
Dokumen FTA tersebut sedang dimuktamadkan dan dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat,” katanya kepada media di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, semalam.
Mohamad sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi yang berlangsung di luar sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-79.
Jasem dijangka menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur tahun depan dan menyatakan kesediaan untuk mengurus jemputan rasmi kepada anggota GCC bagi menyertai sidang kemuncak terbabit.
Nnnn
