Anwar cabar bawa usul tidak percaya

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini, bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.

Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang melalui usul di Dewan Rakyat.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).

Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam ini.

Minggu lalu, beberapa perwakilan dan pimpinan Pas menuntut Anwar meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, minggu lalu.

Anwar sebelum ini pernah membuat cabaran serupa iaitu pada 11 Januari lalu dan 6 Mei tahun lalu, dan menambah beliau akan memendekan tempoh notis.

Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar itu susulan dakwaan presiden PKR itu tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen dengan merujuk kepada gerakan Langkah Dubai.

Dalam pada itu, Anwar menyelar tindakan pembangkang yang sering mengulangi statusnya sebagai bekas banduan ketika mengkritik pentadbiran beliau.

“Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji.

Sekarang anak-anak mereka yang jahil tentang sejarah, yang jadi perkakas kepada perasuah, yang menjadi alat kepada pencuri harta, sekarang mau jadi jaguh.

“Dulu kamu, bapak-bapak kamu, pemimpin-pemimpin Pas antara benteng pertama pertahankan kami dan menolak fitnah itu,” katanya.

Anwar berkata pejuang besar seperti bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor; bekas Murshidul Am Pas, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat dan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Taib Azamudden Mohd Taib yang mempertahankan dirinya.

“Kerana apa, kerana mereka tahu hukum, mereka tahu Islam, mereka tahu apa fitnah dan mereka tahu bagaimana sang saka tua zalim serta menindas rakyat.

“Itu pendirian pemimpin-pemimpin lalu termasuk pemimpin-pemimpin Pas,” katanya.

Anwar berkata selama hampir dua tahun memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak membenarkan mana-mana tender diambil oleh pemimpin negara

Katanya, perkara itu berbeza dengan pemerintahan pembangkang selama hampir dua tahun.

“Sebut apa yang tidak ambil, Bestari Net, Jana Wibawa, kontrak tebatan banjir, sakau…Guna Islam, sakau, guna Melayu sakau,” katanya.

Sementara itu, laungan ‘reformasi’ yang lahir di jalanan 26 tahun lalu, bergema sekali lagi dalam suasana penuh kebanggaan dan tenang, seiring laluan perjuangan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment