UK gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan

LONDON – United Kingdom (UK) menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan dalam waktu yang terdekat susulan ketegangan di negara itu semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas.

Dalam satu kenyataan di X, Setiausaha Luarnya, David Lammy berkata,  rakyat UK boleh mendapatkan nasihat perjalanan di laman web rasmi kerajaan.

Lammy sebelum itu menghubungi rakan sejawatnya dari Lubnan, Najib Mikati dan menyatakan kebimbangan mendalam mengenai peningkatan ketegangan dan jumlah mangsa penduduk awam di Lubnan.

Beliau turut membincangkan keperluan untuk rundingan bagi mengembalikan kestabilan dan keselamatan di kawasan sempadan antara Israel dan Lubnan.

Sementara itu, Najib menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman berterusan Israel ke atas negara itu.

Dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman sesawangnya pada Khamis, gesaan itu  termasuk perang teknologi yang mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan kecederaan rakyat negara itu.

Najib turut menegaskan, komuniti antarabangsa juga memikul tanggungjawab untuk menghentikan serangan Israel yang  melibatkan kemanusiaan secara keseluruhan.

Beliau dalam masa sama mendesak agar mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan tegas untuk menghentikan “perang kemusnahan’ dilakukan Israel.

Najib juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kedutaan di negara itu termasuk Duta Besar United Kingdom ke Lubnan, Hamish Cowell.

Dalam pertemuan tersebut, Najib meminta agar United Kingdom mengambil pendirian tegas dalam sesi Majlis Keselamatan PBB yang akan datang.

Beliau turut menerima panggilan daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Khamis bagi membincangkan situasi di Lubnan dan konflik serantau.

Dalam sesi perbualan tersebut, Macron mengutuk serangan bom di Lubnan dan menyatakan solidariti serta simpati ke atas Lubnan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment