Air: Masuk mahkamah jawab di mahkamah.

TANJONG 3 Sept. – Kerajaan Pulau Pinang bersedia sekiranya Kedah mahu membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah ke mahkamah, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata terpulang kepada Kedah untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara itu dapat diputuskan oleh mahkamah.

“Jawapan saya sama juga, terpulang kepada Kedah untuk ambil tindakan sewajarnya dan kita akan respons dengan sewajarnya.

“Kalau cuma cakap, kita jawab cakap sahaja, itulah kalau masuk ke mahkamah kita akan jawab dalam mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Hotel Warisan 1926 antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Jetblue Sdn Bhd.

Kon Yeow ketika ditanya peluang bagaimana beliau melihat kes itu akan memihak kepada Pulau Pinang, beliau berkata, terdapat pelbagai undang-undang termasuk konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air.

“Akhirnya mahkamah perlu memutuskan tapi memang ada pelbagai undang-undang serta konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air melibatkan lebih satu negara mahupun negeri,” katanya.

Semalam media melaporkan, Kedah akan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah daripada Pulau Pinang ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata tindakan itu dibuat selepas Kon Yeow meminta kerajaan negeri itu berbuat demikian supaya ia boleh diputuskan mengikut undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Kedah akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata negeri jiran itu masih gagal membuat bayaran walaupun satu sen kepada Kedah biarpun tuntutan dibuat sejak 2010.

Susulan itu, Kon Yeow memaklumkan, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menerima tuntutan melalui proses perundangan mahkamah berhubung isu berkenaan walaupun sudah lama dibangkitkan.

(Foto fb chow kon yeow)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment