Tafsir ikut cita rasa, Akta Lompat Parti boleh ‘ditalkinkan’

KUALA LUMPUR 11 Julai – Keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sudah dijangka.

Naib Presiden Putra Nasir Abdullah berkata, keputusan itu  jelas telah mencampuri urusan dalaman Parti Bersatu atau mungkin sengaja mengelak daripada berlaku pilihan raya yang akan mengundang padah dan malu kepada Kerajaan Perpaduan.

Dalam kenyataannya, beliau berkata Speaker secara terang-terangan membuat tafsiran yang sebenarnya dilihat sebagai memperbodohkan kepandaian dan jawatan beliau sendiri.

Katanya, signal atau isyarat yang dihantar oleh rakyat yang kononnya “bahlol dan bodoh’ di Sungai Bakap telah memberi igauan yang buruk kepada memanda PMX dan para menteri yang cerdik pandai.

“Strategi mengelak daripada PRK (Pilihan Raya Kecil) diadakan di enam kawasan Parlimen ini dilihat sebagai amat licik tetapi sangat memalukan.

Kata-kata terbaik kepala disorok dalam pasir tapi pungung tertunging di luar. Keputusan ini bertentangan dengan pendirian PMX sebelum Madani menjadi kerajaan. Memang 101 peratus cakap tak serupa bikin,” katanya.

Nasir juga berkata, semangat Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan digubal dan diluluskan oleh semua Ahli Dewan Rakyat atas kehendak bersama semua pihak agar diwujudkan Akta Lompat Parti.

Bagaimanapun ia telah menjadi sia-sia dan boleh ditalkinkan setelah ianya diterjemahkan mengikut citarasa satu individu yang mungkin mendapat wahyu untuk menafsirkan sedemikian.

“Tindakan Tan Sri Speaker ini dengan sendiri telah “open the flood gate” utk Ahli Parlimen lain utk berbuat benda yg sama dan akhirnya institusi Dewan Rakyat tidak lagi dihormati oleh rakyat,” katanya.

Beliau juga menyifatkan undang-undang yang digubal untuk dijadikan panduan oleh rakyat dan memudahkan sistem pentadbiran sudah menjadi ‘bangkai’

“Seorang Speaker menyatakan wujud kekosongan luar jangka manakala satu lagi Speaker menyatakan tiada kekosongan melibatkan individu sama daripada parti yang sama saperti apa yang berlaku di DUN Nenggiri Kelantan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment