KUALA LUMPUR 29 April. Â Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini melancarkan Tabung Tragedi Lumut 24 bagi membantu keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada 23 April lalu.
Markas ATM dalam kenyataan, hari ini berkata tabung khas itu ditubuhkan atas inisiatif Kementerian Pertahanan dan ATM bagi memudahkan orang ramai dan warga ATM menyalurkan bantuan kepada semua keluarga mangsa.
Menurut kenyataan itu, Tabung Tragedi Lumut 24 ini akan diaktifkan bermula hari ini sehingga akhir Jun depan.
Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta.
Sumbangan boleh disalurkan terus secara atas talian (online) kepada akaun Affin Bank di nombor akaun: 100040001752 dengan menyatakan ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ đť—§sebagai rujukan.
Di samping itu, sumbangan juga boleh disalurkan melalui cek atas nama ‘Tabung Kebajikan Angkatan Tentera’ dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur.
“Segala sumbangan orang ramai kepada keluarga Perwira Tragedi Lumut 24 didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga semuanya mendapat kebaikan serta rahmat-Nya,” kata kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung tabung itu boleh menghubungi talian 03-40131023.
Dalam tragedi 23 April lalu, 10 anggota TLDM terkorban apabila dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak. Ia membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec.
Tragedi itu mengorbankan Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.
Turut terkoban, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan
Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Nahas turut mengorbankan tiga penumpang pesawat HOM-AW139 iaitu Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna.
Nnn
