Takiyuddin kekal Setiausaha Agung Pas

SHAH ALAM 22 Okt. – Ahli Parlimen Kota Bharu  Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya.

Pelantikan semula itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang berlangsung sejurus selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-6 di IDCC ditangguhkan tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan, Presiden Pas  Abdul Hadi Awang juga mengumumkan pelantikan semula  Iskandar Abdul Samad sebagai bendahari.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dilantik sebagai Ketua Penerangan yang baharu menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

“Manakala pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2023 – 2025 akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat seterusnya,” kata Hadi dalam kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment