Hadi ingatkan jangan tebuk ‘bantera sendiri’

SHAH ALAM 22 Okt. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli dan barisan kepemimpinan Pas supaya menyelesaikan sebarang kelemahan kerajaan negeri yang dikuasai secara dalaman bukannya mendedahkan ibarat menebuk kapal sendiri. Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan pemimpin cawangan dan kawasan membantu wakil rakyat yang menang dan kawasan di mana wakil rakyat yang lemah atauntidak mampu bagi meneruskan kesinambungan kerajaan yang diperintah. “Kalau ada kelemahan jangan menumpang untuk menjatuhkan kerajaan (di empat negeri ditadbir Pas), jangan tebuk bahtera, tidak boleh. “Ada kalangan ahli parti yang jadi penebuk kapal……

Read More

Pas amalkan demokrasi paling hebat

SHAH ALAM 22 Okt. –  Pas adalah parti yang mengamalkan demokrasi paling hebat dengan memberikan ruang dan peluang kepada akar umbi di kawasan bagi menentukan kepemimpinan di peringkat pusat. Setiausaha Agungnya,  Takiyuddin Hassan berkata, ada yang menyatakan Pas tidak mengamalkan demokrasi ekoran tiada pertandingan bagi menentukan jawatan tinggi bukan sahaja di pusat namun di dewan di peringkat pusat. “Namun kita ingin maklumkan di luar sana bahawa amalan demokrasi paling hebat, dilaksanakan Pas dengan memberikan seluasnya peluang dan ruang kepada kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat sendiri. Kita arahkan semua…

Read More

Takiyuddin kekal Setiausaha Agung Pas

SHAH ALAM 22 Okt. – Ahli Parlimen Kota Bharu  Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya. Pelantikan semula itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang berlangsung sejurus selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-6 di IDCC ditangguhkan tengah hari ini. Dalam satu kenyataan, Presiden Pas  Abdul Hadi Awang juga mengumumkan pelantikan semula  Iskandar Abdul Samad sebagai bendahari. Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dilantik sebagai…

Read More

Mursyidul Am Pas puji Sanusi cerdik

SHAH ALAM 22 Okt. –  Reaksi spontan Mursyidul Am Pas,  Hashim Jasin terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggamatkan suasana di dalam dewan tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di IDCC di sini. Perwakilan dan pemerhati tidak dapat menahan ketawa apabila ketika sesi penggulungan, Hashim cuba menyampaikan sesuatu pesanan kepada Menteri Besar Kedah itu tetapi mendapati tidak berada di kerusinya di pentas? “Dia lari pi ke mana? Dia kuat mengata kat orang hari ni saya memang jadikan dia sasaran. Insya-Allah. Tapi malang dia tak dak. Tolong pi cari.…

Read More

Sanusi peroleh undi tertinggi pemilihan Pas

SHAH ALAM 22 Okt. –  Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memperoleh undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sesi 2023-2025 yang diumumkan pada hari terakhir Muktamar Pas hari ini. Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas menerima 1,098 undi diikuti bekas Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Ahmad Fadhli Shaari yang memperoleh 1,042 undi dan Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, 1,033 undi. Seramai 22 orang calon menawarkan diri untuk 18 jawatan berkenaan pada pengundian yang berlangsung pada 20 Oktober di mana 1,356 layak mengundi. Bagaimanapun sebanyak 84.14…

Read More

Dorong anak-anak kenali perjuangan Pas

SHAH ALAM 22 Okt. –  Dewan Pemuda Pas (DPP) bersedia melantik sebilangan Ahli Jawatankuasa dalam kalangan wanita muda, selain terus mendedahkan anak muda dalam pembuatan dasar dan polisi, kata Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azzamudden. Pada masa yang sama, DPP juga menyeru supaya semua ahli pimpinan di semua peringkat untuk mendorong anak masing-masing terutama di bangku sekolah, di universiti untuk terlibat dan mengenali perjuangan parti itu. “Tidak ada guna dan tidak ada ertinya kalau hanya kita sahaja berpencak (di medan perjuangan), tapi mereka di rumah tidak tahu apa perjuangan kita. Insya-Allah…

Read More

Pas perlu kuasai ‘pasaran baharu’ politik

SHAH ALAM 22 Okt. –  Pas perlu menguasai ‘pasaran’ baharu politik yang selama ini hampir seratus peratus tertumpu dalam pasaran tradisi termasuk surau, masjid dan sekolah agama, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor. Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu berkata, parti perlu melangkah ke pagar sebelah, kiri dan kanan untuk menjadi medan baharu dan perlu mempelbagaikan langkah politik supaya tidak terkurung dalam politik tradisi Pas. Katanya, Pilihan Raya Umum Ke-16 terletak di bahu Pas, justeru parti mesti merangka gerak kerja di semua negeri ke peringkat…

Read More