LONDON: Britain mencatatkan hari paling panas dalam setahun setakat ini pada Sabtu, demikian menurut Perkhidmatan Cuaca Negara, dengan data sementara menunjukkan paras tertinggi 32.7 darjah Celcius di Lapangan Terbang Heathrow.
Paras tertinggi tahun ini adalah 32.6 Celcius, yang direkod pada Khamis.
Pada hari Sabtu juga adalah hari keenam berturut-turut UK merekodkan suhu melebihi 30 darjah Celcius, jauh melebihi purata untuk sepanjang tahun manakala pada minggu lalu Britain mengalami musim panas kelapan terpanas sejak 1884.
Jun adalah bulan yang paling panas dalam rekod di negara ini sejak penyimpanan rekod bermula pada 1884. Suhu purata ialah 15.8 Celsius (60.44F), hampir satu darjah lebih tinggi daripada paras tertinggi sebelum ini.
Pada Julai 2022, Britain mencatatkan hari terpanas apabila suhu mencecah paras 40 Celcius buat kali pertama.
