Tharman Presiden Singapura ke-9

SINGAPURA : Rakyat Singapura memilih Tharman Shanmugaratnam sebagai presiden kesembilan negara itu dengan 70.40 peratus pengundi memberi mandat kepada bekas menteri kanan berusia 66 tahun itu.

Dalam persaingan tiga penjuru, beliau mengalahkan dua calon lain, mantan ketua pelaburan GIC, Ng Kok Song yang memperoleh 15.72 peratus undi dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Tan Kin Lian meraih 13.88 peratus undi.

Kemenangan besar lebih dua pertiga undi kepada Tharman itu mencerminkan sokongan kuat kepada beliau yang telah berkempen atas dasar memupuk sikap saling menghormati bagi semua rakyat pada Pilihan Raya Presiden ini.

“Saya percaya undi bagi saya dan pendirian saya ialah suatu undi yang menunjukkan keyakinan ke atas Singapura. Ia adalah undi yang menunjukkan sikap optimis, yang kita boleh maju bersama,” kata Tharman kepada media.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura kerana mengikuti isu-isu dengan rapat dan bersikap tenang sepanjang tempoh pilihan raya.

Tharman juga memberitahu media bahawa beliau telah cuba menghubungi Tan menerusi telefon, tetapi tidak berjaya. Bagaimanapun beliau dapat bercakap dengan Ng.

“Saya memuji sikap Ng dan akan berkata yang sama kepada Tan, kerana penyertaan aktif mereka dalam pilihan raya ini dan perspektif yang mereka ketengahkan,” ujar Tharman.

Sementara itu, bercakap kepada media, beliau mengaku kalah kepada Tharman apabila bercakap di telefon yang sama.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan amat hebat. Semasa saya tampilkan diri untuk bertanding bagi jawatan Presiden, saya berkata matlamat nombor satu saya adalah untuk memastikan rakyat Singapura mempunyai peluang untuk mengundi dalam pilihan raya presiden.

Related posts

Leave a Comment