Pulai boleh menafikan dua pertiga kerusi Parlimen

JOHOR BAHRU 3 Sept. –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon PN di parlimen Pulai amat penting untuk menafikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen yang dimiliki kerajaan di Dewan Rakyat. Katanya, kerusi Parlimen Pulai akan menentukan sama ada kerajaan sekarang mempunyai jumlah kerusi majoriti dua pertiga (148 kerusi) yang akan turut membolehkan mereka meminda perlembagaan dan sebagainya. Justeru, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata, PRK Parlimen Pulai khususnya penting untuk menjaga kepentingan umat Melayu Islam. Dalam hal ini, bekas Perdana Menteri itu menarik…

Read More

Empat MB PN jumpa Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 2 Sept. –  Empat menteri besar negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini. Menteri Besar berkenaan ialah  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu);  Nassuruddin Daud (Kelantan);  Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis). Turut serta ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN dan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan Ahmad Samsuri dalam hantaran di Facebook berkata pertemuan diadakan antara pimpinan empat negeri PN dan pimpinan tertinggi Pas…

Read More

PM Lee ucap tahniah

SINGAPURA : Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yakin Tharman Shanmugaratnam dapat melaksanakan tugasnya sebagai Presiden dengan cemerlang berdasarkan rekod perkhidmatan awam yang panjang dan cemerlang. Menurut Lee, beliau telah menghubungi Tharman untuk mengucapkan tahniah atas pemilihannya, dan memberi jaminan mengenai kerjasama penuh di bawah pemerintah sekarang. “Rakyat Singapura telah memilih Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden kita yang seterusnya menerusi margin yang kukuh. Sebagai Ketua Negara, beliau akan mewakili kita di dalam dan luar negara, mempunyai kuasa penjagaan termasuk ke atas rizab dan pelantikan utama,” katanya dalam kenyataan mengulas keputusan Pilihan Raya…

Read More

Tharman Presiden Singapura ke-9

SINGAPURA : Rakyat Singapura memilih Tharman Shanmugaratnam sebagai presiden kesembilan negara itu dengan 70.40 peratus pengundi memberi mandat kepada bekas menteri kanan berusia 66 tahun itu. Dalam persaingan tiga penjuru, beliau mengalahkan dua calon lain, mantan ketua pelaburan GIC, Ng Kok Song yang memperoleh 15.72 peratus undi dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Tan Kin Lian meraih 13.88 peratus undi. Kemenangan besar lebih dua pertiga undi kepada Tharman itu mencerminkan sokongan kuat kepada beliau yang telah berkempen atas dasar memupuk sikap saling menghormati bagi semua rakyat pada Pilihan Raya…

Read More