PM harap semangat merdeka diperkukuh

KUALA LUMPUR 31 Ogos –  Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023, termasuk orang ramai yang membanjiri Dataran Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri menerusi catatan di laman Facebook, berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

“Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” menurut catatan itu.

Dalam catatan berbeza, Perdana Menteri yang menyifatkan sambutan kali ini cukup luar biasa, turut menghargai mereka yang terbabit dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berkenaan.

“Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment