MB pegang tiga portfolio

SEREMBAN 24 Ogos – Menteri Besar Aminuddin Harun menerajui tiga portfolio iaitu Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan, Kewangan, Tanah dan Sumber Alam serta Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam.

Beliau mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, petang ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang juga Exco Kanan diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi; Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup

Terdahulu, 10 barisan Exco terbabit mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Besar Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.

Negeri Sembilan adalah negeri terakhir mengumumkan barisan Exco berbanding lima negeri yang lain yang turut terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada 12 Ogos lalu.

Berikut senarai penuh barisan Exco Kerajaan Negeri serta portfolio masing-masing:

1. Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar)
– Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Kewangan, Tanah dan Sumber Alam; Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam

2. Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan)
– Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi; Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup

3. Datuk Ismail Lasim
– Pendidikan dan Modal Insan

4. Mustapha Nagoor
– Pembangunan Belia dan Sukan

5. Datuk Faizal Ramli
– Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital

6. Teo Kok Seong
– Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam

7. J Arul Kumar
– Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan

8. Nicole Tan Lee Koon
– Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

9. S Veerapan
– Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan

10. Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
– Wanita, Keluarga dan Masyarakat

11. Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
– Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.

Related posts

Leave a Comment