Hanya 10 mangsa nahas pesawat

KLANG 20 Ogos – Polis Selangor mengesahkan hanya 10 mangsa terbabit nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selepas proses padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan waris lengkap dan selesai dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, polis bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Jabatan Kimia Malaysia selesai menjalankan proses bedah siasat dan padanan ujian DNA.

Sebelum ini polis mengesahkan semua mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) ditemui dalam keadaan tidak sempurna disebabkan impak pesawat yang berkecai.

Pada masa sama, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik video kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Sebelum ini polis mengesahkan semua mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Mangsa nahas terdiri daripada Kru pesawat iaitu Shahrul Kamal Roslan dan
Heikal Aras Abdul Azim.

Enam penumpang pula adalah Exco Pahang yang juga ADUN Pelangai Johari Harun,
Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Naim Fawwaz Mohamed Muaidi,
Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib Ramali

Dua orang awam yang terbunuh adalah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, (penunggang penghantar p-hailing) dan Sharipuddin Shaari, 53, seorang pemandu grab.

Related posts

Leave a Comment