Aminuddin kekal MB jika PH-BN menang

SHAH ALAM 22 Julai –  Pakatan Harapan (PH) sedia mencalonkan semula Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, jika gandingan PH dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

.Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata cadangan mencalonkan Aminuddin juga sudah dibincang dengan Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya belum umum apa-apa (mengenai calon Menteri Besar Negeri Sembilan) pun sebab ambil masa (bincang) dengan rakan-rakan.

“Selepas menyampaikan pandangan kita kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO, untuk kelangsungan di Negeri Sembilan, Aminuddin..maka kita calonkan beliau sebagai Menteri Besar,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini.

Bagi PRN Negeri Sembilan, PKR meletakkan enam calon termasuk mengekalkan Aminuddin di kerusi N13 Sikamat.

Bagi kerusi N14 Ampangan, calonnya adalah Tengku Zamrah Tengku Sulaiman; N18 Pilah – Noorzunita Begum Abdullah; N20 Labu – Ismail Ahmad; N29 Chuah – Yew Boon Lye dan N33 Sri Tanjung – Rajasekaran.

Related posts

Leave a Comment