Tamatkan AIDS menjelang 2030

GENEVA: AIDS mungkin boleh ditamatkan menjelang 2030 jika negara-negara dunia menunjukkan keazaman politik untuk melabur dalam pencegahan dan rawatan serta menerima pakai undang-undang tanpa diskriminasi.

Menurut Program AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS) pada 2022, mengganggarkan seramai 39 juta penduduk dunia menghidap HIV dan HIV boleh berkembang menjadi AIDS jika tidak dirawat.

“Kami mempunyai penyelesaian jika kami mengikuti kepimpinan negara yang menjalin komitmen politik kuat untuk mengutamakan rakyat dan melabur dalam program pencegahan dan rawatan HIV berasaskan bukti kajian,” kata UNAIDS dalam laporan yang diterbitkan semalam.

UNAIDS berkata antara inisiatif lain ialah tindak balas yang berkesan terhadap HIV – juga bermakna negara-negara dunia menerima pakai undang-undang tanpa diskriminasi dan memperkasakan rangkaian komuniti.

Orang yang hidup dengan HIV atau AIDS di banyak negara menghadapi stigma, diskriminasi dan keganasan.

“Kemajuan paling kukuh di negara dan wilayah yang mempunyai pelaburan kewangan paling banyak seperti di timur dan selatan Afrika, di mana jangkitan HIV baharu dikurangkan sebanyak 57% sejak 2010,” kata laporan itu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu terdapat peningkatan mendadak dalam jangkitan baharu di Eropah timur dan Asia Tengah, serta di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Trend ini disebabkan terutamanya oleh kekurangan perkhidmatan pencegahan HIV untuk populasi terpinggir dan utama serta halangan ditimbulkan oleh undang-undang punitif dan diskriminasi sosial.

Tahun lalu, seramai 1.3 juta penduduk dijangkiti HIV manakala 630,000 mati akibat penyakit berkaitan AIDS.

Related posts

Leave a Comment