SEPANG 16 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di Medan Selera Sports Arena, Cyberjaya untuk menjamu selera sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di sini.
Beliau yang berbaju Melayu Biru muda tiba pada pukul 1.07 tengah hari dan beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di medan berkenaan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan Warisan, Borhan Aman Shah serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Abd Hamid Hussain.
