Mayat ke-22 dan 23 dibawa keluar

HULU SELANGOR 17 Dis. – Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 orang sehingga pukul 1 petang ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian, seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak.

Mayat ke-22 dan ke-23 itu ditemukan dalam jarak yang dekat di sektor pencarian A iaitu tapak Hillview.

Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Setakat pukul 2 petang, sebanyak 54  orang dalam keadaan selamat, tujuh cedera manakala 23 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), satu kanak-kanak perempuan, 13 wanita dan empat lelaki dewasa.

Pencarian 10 lagi mangsa masih berjalan dengan penglibatan pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.

(Foto JBPM Selangor)

Related posts

Leave a Comment