Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 20 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi kepada 0.87 semalam berbanding 0.91 kelmarin.

Tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan melebihi 1.00.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.14 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10, Sabah 1.08, Pulau Pinang 1.05.

Melaka, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.03, Kedah 1.02, Pahang 1.01, Johor 0.97, Sarawak dan Selangor masing-masing 0.94.

Sementara itu Kelantan mencatatkan 17 kes, Terengganu 11 kes, Wilayah Persekutuan Labuan tujuh kes dan Perlis enam kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment