787 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 29 Mac – Sebanyak enam kes Covid-19 berada dalam Kategori 4, kurang tiga kes semalam manakala jumlah kes di bawah Kategori 5 berkurang menjadi satu kes hari ini, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, tiga kematian dilaporkan hari ini tetapi hanya satu dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19 yang telah menerima satu dos vaksin.

Katanya, sebanyak 787 kes baharu direkodkan berbanding 791 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 132,981.

“Daripada jumlah kes baharu ini, 671 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth, manakala 116 adalah dari 1,665 hasil Ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, 918 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 126,760 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 6,015.

Sebanyak 96 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 5,919 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, sebanyak 61.1 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin

Related posts

Leave a Comment