PUTRAJAYA 5 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada kadar 0.99 semalam, hari keempat sejak 1 Januari lalu.
Dua negeri melepasi kadar itu iaitu Sabah 1.01 dan Kelantan 1.00 manakala Kedah menyamai kadar 0.99.
Ini diikuti Johor yang merekodkan 0.98, Perlis 0.97, Melaka 0.96, Pahang 0.96, Perak 0.96, Pulau Pinang 0.95, Selangor 0.94, Terengganu 0.94, Negeri Sembilan 0.94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.93 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.92.
Dua lagi negeri merekodkan di bawa 0.90 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan 0.85 dan Sarawak 0.78.
