LONDON: Sebanyak 336 kes Covid-19 varian Omicron dilaporkan di United Kingdom yang meliputi 261 kes di England, 71 di Scotland dan empat di Wales
Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid memberitahu Parlimen pada Isnin, varian Omicron merebak menerusi jangkitan dalam masyarakat berbanding menerusi individu yang tiba di Britain dari luar negara.
“Ini termasuk kes-kes tanpa hubung kait dengan perjalanan ke luar negara, jadi kami boleh menyimpulkan bahawa kini terdapat jangkitan dalam masyarakat di beberapa wilayah di England,” kata Javid.
Javid memberi amaran bahawa beliau tidak boleh memberi jaminan varian Omicron ‘tidak akan menjejas perjalanan negara itu ke arah pemulihan’
Katanya, mulai pukul 4 pagi pada Selasa, para pelawat yang sudah lengkap divaksin dan belum divaksin dari negara-negara yang tidak disenarai merah ke Britain perlu menunjukkan hasil negatif ujian Covid-19 bagi tempoh 48 jam sebelum berlepas.
Beliau juga menjelaskan bahawa Nigeria dimasukkan ke dalam senarai merah.
