Kadar kebolehjangkitan 1.04

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun kepada 1.04 semalam berbanding 1.05 pada hari sebelumnya .

Lapan negeri merekodkan kadar lebih 1.00 dengan empat negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.15.

Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 1.06, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing 1.05.

Di bawah purata kebangsaan pula, Kelantan merekodkan 1.03, Pahang 1.03, Kedah 1.01 dan johor 1.00

Negeri-negeri lain, Sabah 0.99, Perak 0.97, Terengganu 0.96, Pulau Pinang 0.95, Melaka 0.94, Perlis 0.87, Sarawak 0.85.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan empat kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment