AS kawal pandemik awal 2022

WASHINGTON: Amerika Syarikat dijangka dapat mengawal pandemik Covid-19 pada awal tahun depan sekiranya kadar vaksinasi meningkat, kata Pengarah Institut Alergi Nasional dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci.

Justeru Fauci turut menggesa individu yang masih belum menerima vaksin untuk menyedari bahawa mereka memiliki kemampuan untuk mengurangkan jangka waktu ke akhir pandemik.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu 24 jam selepas Pfizer diberi kelulusan penuh oleh pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA).

Jelasnya, kelulusan itu mampu membuka ruang untuk lebih ramai individu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kadar vaksinasi di Amerika Syarikat juga dijangka meningkat dengan kemungkinan kelulusan penuh FDA terhadap vaksin Moderna dan kebenaran untuk menginokulasi kanak-kanak menjelang musim luruh.

Sebelum ini pihak berkuasa menggesa majikan swasta dan lebih banyak kerajaan negeri serta tempatan mewajibkan kakitangan mendapatkan vaksin.

Related posts

Leave a Comment