1,162 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 22 Julai – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,162 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 514,446 kes dengan 8,130 kematian.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,386 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 495,650 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 285 kes diikuti Makkah 211, daerah Timur 158 dan Asir  131..

Kes aktif yang direkodkan adalah 10,666 dan 1,362 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment