Singapura lapor 170 kes jangkitan

SINGAPURA 22 Julai – Singapura merekodkan 170 kes jangkitan Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini di mana 162 melibatkan kes dalam masyarakat dan lapan lagi kes import.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 87 kes ada kaitan dengan Kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima lagi Kluster KTV.

Sebanyak 59 kes berkait dengan kes yang lepas dan sudah dikuarantin manakala 51 yang ada kaitan dengan kes sebelum ini dikesan menerusi pengawasan.

Dalam kalangan kes itu, terdapat enam warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin serta berisiko mengalami sakit teruk.

Sementara itu lapan kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Lima daripada mereka dikesan sejurus tiba di sini dan baki yang lain sakit semasa pengasingan.

Related posts

Leave a Comment